Terma Dan Syarat Perkhidmatan

Kami di Kedai Fotografi cuba untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Dan apabila anda bersetuju untuk menggunakan khidmat kami (dengan memilih mana mana pakej atau menghubungi kami secara terus untuk membuat pengesahan penerimaan perkhidmatan dari kami), anda bersetuju dengan setiap terma dan syarat di bawah: 

  1. Deposit minima untuk menempah tarikh adalah RM150, dan tidak akan dikembalikan
     
  2. Bayaran penuh SEBELUM EVENT. Ekoran terlalu banyak kes sebelum ini di mana klien kami tidak menunaikan janji mereka setelah menerima perkhidmatan daripada kami, syarat ini adalah tetap. Tanpa bayaran penuh, kami mungkin tidak akan hadir di majlis anda. Oh sungguh tidak indah kejadian itu.  Kami di Kedai Fotografi mencari rezeki dengan perkhidmatan kami. Dan setiap payment yang kami terima adalah seolah nyawa kami. Kami pasti, anda boleh memahami situasi kami.  
     
  3. Untuk klien di luar daerah Kuala Terengganu, kami mengenakan caj perjalanan yang minima. Anda boleh hubungi kami dan maklumkan kami lokasi anda, dan kami akan berikan anggaran caj perjalanan. 
  4. Kami tidak memberikan gambar yang mengandungi wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna (tidak memakai tudung, skirt pendek, etc) kepada klien. Ini termasuk klien (pengantin) mahupun warga warga di sekeliling klien. Sebagai menghormati mereka hadir di majlis anda, kami akan snap gambar mereka. Tetapi gambar tersebut tidak akan diberikan. 

    Jika ada di antara ahli keluarga anda (dimana gambar mereka adalah satu kemestian untuk anda miliki) yang tidak mampu menghormati dan menepati syarat ini, mungkin kami bukan jurugambar yang sesuai untuk majlis anda. Ini termasuk juga para tetamu, rakan rakan, saudara mara dan sahabat. Maaf ya :). Anda boleh menghubungi kami jika tidak jelas dengan syarat ini. 

  5. Kami berhak menolak mana-mana klien yang banyak songeh atau yang tidak menghormati kami dan jurugambar kami. Sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa. Jangan lah anda sesuka hati merendahkan orang lain ye. πŸ˜‰ 
  6. Dengan setiap bayaran penuh sebelum event (pakej wedding sahaja), anda akan mendapat mystery gift dari kami πŸ™‚ 
  7. Dari masa ke semasa, kami mungkin akan menggunakan beberapa keping gambar anda untuk kami masukkan di laman web atau di instagram kami. Kami akan merujuk dan meminta kebenaran anda terlebih dahulu sebelum memuat naik mana-mana gambar anda (kecuali live updates). 

Anda boleh menghubungi kami di 012 – 981 8395 untuk sebarang maklumat lanjut jika ada apa yang tidak jelas di sini. Hubungi kami sekarang dan marilah kita bergembira mencipta kenangan anda bersama sama! πŸ˜€